CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 27, 2008

Penutup

Ombak cinta dah siap... Selamat membaca...Rajin-rajinkanlah diri baca citer ni yer...Apabila post ni dipost(faham kan..), maknanya saya akan tinggalkan blog ni... bukan padam... cuma tak tengok lagi... Jangan lupa singgah kat...
Hanya Aku & Diriku
Ianya adalah satu catatan harian dari seorang insan bernama Rasyid... See you there...

Friday, December 12, 2008

Episod 11 (Akhir)

Di sekolah, bukan sahaja Erina, malah Nabil, Hafiz, Syikin dan Marisa juga bermuram. Mereka asyik teringatkan Fazren di hospital. Nabil kemudiannya bercerita mengenai Fazren kepada guru kelas mereka, Puan Nurul. Puan Nurul kemudiannya menceritakan kembali kepada seluruh kelas. Semua terkejut dengan berita tersebut.

“Nanti balik sekolah kita pergi hospital sama-sama ok,” kata Syikin kepada Erina. Rakan-rakan mereka yang lain juga mahu ikut bersama. Mereka faham yang Erina bersedih sangat dengan apa yang ditimpa Fazren. Mereka mendampingi Erina agar Erina tidak terlalu memikirkan tentang Fazren.

Mereka menaiki bas dan berhenti betul-betul di hadapan hospital. Apabila mereka sampai, ibubapa Fazren turut ada bersama. Fazren masih dalam keadaan kritikal dan mereka hanya mampu melihat Fazren dari luar tingkap. Hanya keluarga terdekat dibenarkan masuk. Di dalam hati kecil Erina, dia mahu berada bersama Fazren.

Tiba-tiba, jururawat yang sedang memeriksa Fazren di dalam tergesa-gesa keluar memanggil doktor. Apabila doktor datang, ibubapa Fazren diminta keluar dari bilik itu. Langsir juga ditutup agar mereka tidak dapat melihat keadaan di dalam. Semakin lama keadaan semakin kelam kabut. Jururawat asyik keluar masuk dari bilik tersebut. Doktor lain juga dipanggil masuk.

Hati semua yang ada di situ berdebar-debar. Mereka takut jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Fazren. Bapa Fazren menceritakan kejadian yang berlaku di dalam. Katanya, secara tiba-tiba nadi Fazren menjadi lemah. Selepas setengah jam, doktor keluar dengan wajah yang agak hampa. Jodoh pertemuan, ajal maut telah ditentukan. Hari itu, ajal Fazren tiba. Dia meninggal dunia. Perasaan sebak yang menyebulungi diri tidak dapat disimpan lagi. Kesemua mereka menitiskan air mata.



Sewaktu majlis pengebumian Fazren, ramai kenalannya yang hadir termasuk cikgu sekolah. Perasaan hiba benar-benar terasa di rumah Fazren lebih-lebih lagi ketika mengkafankannya. Ramai yang mengiringi jenazah Fazren ke tanah perkuburan. Rakan-rakan baiknya tidak ketinggalan ikut serta.

Hampir sebulan masa berlalu, berita kematian Fazren diketahui seluruh sekolah. Selain geng-geng study group, pemergian Fazren dirasai pelajar-pelajar kelas 4S1. Suatu hari, ketika study group, Nabil bercerita mengenai Liyana. Erina begitu terkejut dengan apa yang disampaikan Nabil.

Liyana sebenarnya adalah dua pupu Fazren. Mereka mengetahuinya sewaktu beraya di rumah atuk saudara mereka ketika tingkatan dua. Disebabkan itu, mereka putus. Ketika bertemu di pusat membeli-belah bersama Erina, mereka memang sudah lama tidak berjumpa. Mereka bertemu secara kebetulan di KFC keesokannya. Waktu Hafiz ternampak mereka berdua-duaan mungkin ketika adik Fazren dan kakak Liyana sedang memesan makanan.

Di Taman Rakyat, Fazren dan Liyana sebenarnya menemani adik-adik saudara mereka ke taman permainan selepas kenduri di rumah saudara mereka tamat. Nama “SyG yAnA” yang Erina terjumpa dalam telefon bimbit Fazren adalah boyfriend Liyana yang juga merupakan kawan Fazren sewaktu sekolah rendah.

Fazren menceritakan itu semua kepada Nabil sehari sebelum dia dilanggar. Dia juga bercadang untuk menceritakannya sendiri kepada Erina. Erina berasa sungguh bersalah. Dia tidak sepatutnya bersangka buruk terhadap Fazren. Walaubagaimanapun, semuanya sudah berlaku. Kini, ombak yang diharungi Erina bersama Fazren telah hilang untuk selama-lamanya.

Hadiah terbaik untuk...
Teman : Setia kawan
Musuh : Maaf
Org Atasan : Jasa
Anak : Teladan yang baik
Orang Tua : Bakti dan terima kasih
Pasangan : Cinta dan kesetiaan

Saturday, December 6, 2008

Episod Sepuluh

Hari Rabu, hari mereka membuat presentation. Hasil kerja mereka mengagumkan. Walaupun bergaduh, Erina bersikap profesional ketika berkerja. Dia hanya bercakap dengan Fazren mengenai pelajaran sahaja. Syikin dan Marisa sudah berkali-kali memujuk Erina supaya mendengar penjelasan Fazren tetapi dia berdegil.

Petang itu mereka adakan study group seperti biasa. Jam sudah menunjukkan pukul dua tetapi Fazren masih belum muncul. “Mana si Fazren ni… Dia kata nak datang kan tadi,” kata Marisa. “Entah-entah dia dating lagi kat KFC kot…,” jawab Hafiz. Hafiz terlepas cakap. Syikin menjeling tajam ke arahnya. Erina yang terdengar kata-kata Hafiz itu bertanya apa maksud Hafiz. Dia memaksa Hafiz untuk bercerita. Rupa-rupanya Syikin hanya beritahu apa yang dicerita Nabil. Dia tidak beritahu mengenai KFC.

Hafiz pun bercerita apa yang dilihatnya. Nabil hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia sangat berharap supaya Fazren datang cepat. Selepas Hafiz habis bercerita, wajah Erina berubah. Marah, geram, terkilan pun ada. Dia tidak sangka Fazren akan buat begitu. Apabila Fazren datang, mereka memulakan study group. Erina lebih banyak membisu sepanjang petang itu.

Erina meminta diri untuk pulang ke rumahnya pada pukul empat setengah. Dia keluar dengan lajunya. Fazren mengejar Erina untuk menjelaskan apa yang berlaku. Erina tidak menghiraukan Fazren. Dia terus keluar dari sekolah. Beberapa kali Fazren menjerit memanggil Erina. Rakan-rakan mereka yang lain turut keluar dari perpustakaan. Fazren mengejar Erina hingga di depan pintu pagar sekolah. Dia berhenti disitu.

“Saya tak ada apa-apa dengan Liyana,” jelas Fazren. “Ada saya kata apa-apa?” balas Erina. “Saya tahu awak marah sebab nampak nama Sayang Yana dalam phone saya”. “Taklah mana ada marah, saya tahu awak sayang Yana…”. “Saya tak sayang dia!”. “Kalau tak sayang, asal dating ngan dia? Bukan main mesra lagi kat KFC”. “Awak sebenarnya salah faham”. “Yer lah tu…”.

Erina kemudiannya berlari melintas jalan ke tempat perhentian bas. Fazren turut berlari tanpa lihat kanan kiri. Malang tidak berbau, sebuah van yang memandu laju melanggar Fazren. Apabila Erina toleh ke belakang, Fazren sudah terbaring berlumuran darah. Rakan-rakan mereka yang terlihat dari balkoni perpustakaan berlari ke tempat kejadian.

Erina sudah menangis teresak-esak di samping Fazren. Pemandu van tadi membawa Fazren ke hospital. Erina dan Nabil juga ikut ke hospital. Nabil juga meminta bantuan rakan-rakannya lain untuk membawa begnya dan beg Fazren jika ke hospital. Di dalam van, Erina tidak henti-henti menyuruh Fazren untuk bertahan. Dia juga meminta maaf kerana dia lari dari Fazren tadi.

Di hospital, Fazren dirawat diunit rawatan rapi. Nabil menghubungi ibubapa Fazren dan menggesa mereka untuk datang. Dia juga tidak lupa menghubungi ibubapanya untuk memberitahu yang dia ada di hospital. Kerana terlalu sedih, Erina menyuruh Nabil untuk menghubungi ibubapanya.

Selepas sejam masa berlalu, Marisa, Syikin dan Hafiz datang bersama ibubapa mereka. Mereka tidak lupa membawa barang Fazren dan Nabil. Ibubapa Fazren juga bergegas ke hospital sebaik sahaja menerima panggilan dari Nabil. Mereka semua tidak henti-henti berdoa agar Fazren selamat.

Setelah puas menunggu, doktor yang merawat Fazren keluar. “Doktor, macam mana dengan anak saya?” tanya ibu Fazren. “Anak puan masih dalam keadaan kritikal, buat masa ni kami belum dapat berbuat apa-apa,” jawab doktor tersebut. “Dia akan selamat kan doktor?” tanya ayahnya pula. “Saya tidak dapat menjawab soalan itu dalam masa dua puluh empat jam ni, dia mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala”.

Mereka semua kelihatan sugul apabila mendengar jawapan doktor itu. Mereka sangat berharap agar Fazren selamat. Apabila ibubapa Nabil dan Erina datang menjemput mereka, rakan mereka yang lain telah pun pulang. Hanya tinggal keluarga Fazren yang setia menunggu. “Kalau ada apa-apa berita tentang Fazren, tolong telefon saya yer makcik,” kata Erina.

Di rumah, Erina tidak lalu makan, tidur pun tidak lena. Dia asyik memikirkan Fazren. Dia juga menunggu panggilan dari ibu Fazren. Dia berasa bersalah terhadap Fazren. Jika dia tidak lari, sudah tentu Fazren tidak akan mengejarnya dan Fazren tidak akan dilanggar van. Dia berasa seolah-olah tidak mahu ke sekolah kerana ingin menemani Fazren di hospital.

Janganlah kerana kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur

Friday, December 5, 2008

Episod 9

“Hari ni cikgu nak bagi kerja sikit unuk kamu kamu. Saya nak kamu buat presentation mengenai Kerajaan Islam di Madinah dan juga Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya. Saya beri masa seminggu untuk kamu buat. Ni topik yang cikgu nak kamu buat. Empat kumpulan lima orang, tiga kumpulan enam orang. Kamu boleh cari ahli, bagi nama kat saya dan bincang sekarang topik mana yang kamu nak buat. Kalau boleh saya nak mesti ada maklumat lain dari buku teks”.

“Kita nak buat sama-sama ker?” tanya Syikin. “Boleh jugak, kita ajak semua geng kita,” jawab Erina. Syikin dan Erina berjumpa dengan semua rakan mereka dan mereka bersetuju untuk membuatnya bersama. “Apa kata hari sabtu nanti kita pegi library Klang, boleh dapat maklumat banyak sikit,” kata Nabil. “Aku pun terfikir camtu…,” balas Marisa. Setelah memberi nama, mereka memilih topik dan mencari sedikit maklumat dari buku teks.

Pada hari Sabtunya, mereka berkumpul di sekolah sebelum ke Perpustakaan Klang dengan menaiki bas. Kesemua mereka sudah bersedia untuk memerah otak dan mencari maklumat. Selepas menuruni bas, mereka berjalan ke perpustakaan. Tiba-tiba telefon Fazren berbunyi. Dia menjawab panggilan tersebut dan mengarahkan rakan-rakannya pergi dahulu.

Mereka semua pun memasuki perpustakaan tersebut. “Beg letak kat rak sana,” kata pekerja perpustakaan. Mereka hanya membawa masuk kertas dan alat tulis. “Tu tempat budak-budaklah Hafiz, yang kau masuk sana buat apa?” marah Syikin. “Kat sinilah ada buku Sejarah…,” jawab Hafiz. Di perpustakaan itu hanya ada mereka yang datang kerana masih pagi. “Buatlah macam rumah sendiri,” kata Nabil.

Kesemua mereka mula mencari buku yang berkaitan dengan topik yang mereka pilih. “Cari berapa banyak buku yang ada letak kat meja dulu pastu baru kita cari maklumatnya,” Nabil memberi arahan. Di suatu sudut, Fazren mencari bersama Erina, “Siapa telefon tadi?”. “Kawan…”. “Kawan maner?”. “Kawan sekolah rendah”.

Setelah puas mencari buku di setiap rak, mereka mula mencari maklumat pula. Erina tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi Fazren sebentar tadi. Dia mahu mengetahui siapa yang menelefon Fazren. Pada hari Khamis lalu, Syikin telah bercerita kepada Erina mengenai Liyana. Dia ceritakan semua yang mereka bualkan sewaktu study group yang lalu.

Hampir tiga jam masa berlalu, mereka sudah mengumpul banyak maklumat dan bersedia untuk balik. “Jomlah balik,” ajak Hafiz. “Fazren, pinjam phone kejap,” kata Erina. “Nak buat apa?” tanya Fazren. “Nak tepon papa…nak tanya balik dia nak amik ker…nak naik bas,” jawab Erina.

Fazren tanpa ragu-ragu memberi telefon bimbitnya kepada Erina. Sebelum dia menelefon ayahnya, dia periksa siapa yang menelefon Fazren sebentar tadi. Apabila memeriksa, dia terperanjat kerana nama yang tertulis adalah ‘SyG yAnA’. Kemudiannya dia menelefon ayahnya.

Semasa memulangkan telefon bimbit Fazren, dia berkata, “Awak tak payahlah nak cakap lagi dengan saya, call ker, mesej ker…ok”. Fazren sempat bertanya kenapa tetapi Erina tidak jawab. Dia terus balik menaiki bas bersama mereka yang lain. Semua rakan mereka perasan yang Fazren dan Erina bergaduh lagi.



“Asal kau dengan Fazren?” tanya Syikin. Erina bercerita mengenai ‘Syg Yana’ yang dia jumpa dalam telefon bimbit Fazren. “Entah-entah dia tak tukar nama tu sejak break dulu kot…,” kata Syikin cuba menyakinkan Erina. “Tak. Aku rasa diorang memang ada apa-apa,” fikir Erina.

Nabil juga cuba tanya Fazren mengenai pergaduhan mereka. “Aku tak tahu…tetiba jer dia kata jangan cakap ngan dia lagi,” terang Fazren. “Cuba kau ingat betul-betul apa yang kau dah buat,” kata Nabil. Fazren baru teringat yang Erina berkata begitu selepas menggunakan telefon bimbitnya tempoh hari. “Dia tahu ker pasal aku ngan Yana dulu?”. “Aku pernah cerita kat Syikin, Hafiz ngan Marisa aritu sebab Hafiz ternampak kau ngan Yana makan kat KFC”. “Aduh…”.

“Kau ni…kau citer kat Ikin…samalah kau citer kat Erin tau tak,” marah Fazren. “Kalau aku tak citer sekarang…lambat laun dia tahu jugak…malam Sabtu aritu aku nampak kau ngan Yana kat Taman Rakyat. Tu aku yang nampak, kalau Erina nampak sendiri camner?”. Fazren terdiam.

Cinta bertahun-tahun mampu lenyap kerana kebencian seminit

Thursday, December 4, 2008

Episod Lapan

Cuaca pagi agak cerah. Kedengaran burung-burung berkicauan yang keluar mencari rezeki. Fazren dan Erina asyik tersenyum setiap kali bertentang mata. Tidak ada bermasam muka dan menjeling lagi. Sewaktu masa kedua, loceng berbunyi dengan panjangnya. Walaupun hari itu ada latihan kebakaran, mereka masih ceria. Pelajar lain asyik berungut kerana terpaksa berjemur di tengah panas.

“Dah baik lah tu…,” kata Hafiz. “Baguslah dah baik, aku pun senang jugak…,” jawab Syikin. “Erin, jom gaduh, diorang suka kita gaduh…,” jerit Fazren. “Suka apanya… korang gaduh aku pun kena tempiasnya,” adu Syikin. Sementara itu, Erina sedang duduk bersama Marisa. “Marisa, kau nak ikut aku tak pegi beli hadiah untuk Syikin?”. “Minggu depan hari jadi dia kan… Aku hampir terlupa. Aku rasa Sabtu Ahad ni tak boleh lah…”. “Oh yer ke…tak per arr aku pegi ngan Fazren jer lah”.

“Kita pergi pukul tiga tau,” kata Erina kepada Fazren selepas menyatakan hasratnya itu. Fazren hanya mengangguk setuju. Selepas berjumpa pada hari yang dijanjikan, mereka berjalan-jalan di dalam pusat membeli-belah sambil mencari hadiah yang sesuai. “Nak beli apa?” tanya Fazren. “Entah ler…tapi Syikin ni suka teddy bear,” jawab Erina. “Kita beli jer lah teddy bear, kita kongsi duit”. “Boleh-boleh nak menumpang…”.

Mereka berdua masuk di sebuah kedai hadiah. Mereka memilih patung beruang yang sesuai dan mengikut bajet mereka. “Kita amik yang ni…”. “Ok. Tiga puluh ringgit, sorang lima belas”. Mereka bersetuju untuk membeli patung beruang tersebut. Selepas siap membungkus, meraka bercadang untuk pergi minum sebentar. “Kita pegi kedai roti kat bawah”.

Semasa berjalan ke kedai yang dituju, seorang perempuan memanggil Fazren, “Faen…tunggu…”. “Eh, Yana…,” jawab Fazren. Fazren kemudiannya menyuruh Erina pergi dahulu. “Lama tak jumpa, you apa citer?” tanya budak perempuan itu. “I ok jer…you buat apa kat sini?”. “I tengah jalan-jalan ngan member, nak beli buku… You buat apa?”. “Beli birthday present untuk kawan”. “Ok lah I jalan dulu… You pegi catch up girlfriend you tu…”. “Ok, bye…”.

Fazren terus ke kedai roti tetapi Erina tiada di situ. Sebaik sahaja dia mahu mencari di kawasan sekitar, Erina muncul dan mereka berdua masuk ke kedai roti itu. “Awak pegi mana tadi?” tanya Fazren. “Tandas, tadi sapa tu?” balas Erina. “Kawan, nama dia Liyana, dulu jumpa dia first time masa interview kat Yayasan Selangor, masa tengah gelabah tunggu giliran, kitorang berborak”. “Oh yer ker… Awak pegi beli apa-apa yang ada, air panas tau”. “Ok”.

Hari Rabu merupakan hari jadi Syikin. Pagi itu ramai yang bagi ucapan selamat hari jadi kepadanya. Tidak kurang juga yang memberi hadiah. Selain Fazren dan Erina, Marisa, Hafiz, Nabil dan Farihin turut memberi hadiah. Sewaktu berjalan ke perpustakaan pada petangnya, Marisa membantu Syikin membawa hadiah.

“Mana merpati sejoli ni…,” rungut Nabil. “Diorang ni kan…dah baik asyik dating jer…,” jawab Marisa. “Aku ada citer nak kongsi ngan korang semua,” kata Hafiz. “Amenda?” tanya Syikin. “Aritu…aku nampak Fazren ngan sorang perempuan… Perempuan tu boleh tahan cun lah jugak kat KFC,” cerita Hafiz. “Hari apa?” tanya Nabil. “Hari Ahad. Diorang aku tengok mesra gila… Aku syak Fazren main kayu tiga,” jawab Hafiz. “Erin ada citer kat aku yang hari Sabtu hari tu, masa Fazren ngan dia jalan-jalan, diorang terserempak ngan perempuan cun yang Fazren kenal,” kata Syikin.

Hafiz bercerita tentang rupa perempuan yang bersama Fazren. Memang tidak salah lagi, perempuan yang Hafiz maksudkan adalah orang yang sama diceritakan Erina iaitu Liyana. Nabil sebenarnya mengenali Liyana kerana pernah diceritakan Fazren. Masa tingkatan satu dulu, Fazren dan Liyana pernah bercouple. Waktu akhir tahun tingkatan dua, mereka putus. Sebab mereka putus Nabil tidak tahu.

“Agaknya lah kan diorang putus sebab nak PMR kot…,” kata Nabil. “Kalau Fazren on balik ngan dia camner hah?” Hafiz tertanya-tanya. “Aku rasa tak kan lah, kan dia dating lagi ngan Erina,” jawab Marisa. “Entah-entah Fazren saja main-mainkan perasaan Erina ngan Liyana tu,” Syikin membuat andaian. “Tak kan lah… Fazren ni dia setia jugak orangnya… Mungkin dia ngan Liyana tu kawan jer macam kita ni,” Nabil bersangka baik.

Tidak lama kemudian Fazren dan Erina datang. Keempat-empat mereka membatu seketika. Fazren dan Erina agak pelik dengan gelagat rakan-rakannya itu. “Asal korang ni… mengumpat pasal aku ea….,” kata Erina. “Tak ada apa-apalah. Cepatlah kita nak buat apa ni?” jawab Syikin. Keadaan kembali ceria selepas Hafiz memulakan lawak bodohnya. Di sebalik wajah ceria, keempat-empat mereka mahu mengetahui apa hubungan Fazren dan Liyana.

Putus cinta bagi wanita adalah kehancuran, putus cinta bagi lelaki adalah pengalaman

Episod 7

Waktu kembali ke sekolah tiba. Semua pelajar ada banyak cerita yang hendak dikongsikan. Mereka semua gembira kerana bertemu kembali selepas seminggu bercuti tetapi lain pula Fazren dan Erina. Kedua-dua mereka agak muram gara-gara mesej yang ada dalam telefon bimbit Fazren. Setiap kali bersua muka, Erina akan mengelak dari Fazren.

“Awak ni takkan marah lagi kot…,”pujuk Fazren. “Mana ada marah, suka sangat…,” jawab Erina. “Kalau suka asal muka masam jer”. “Yerlah semalam baru makan asam, masam giler…”. “Tulah sapa suruh makan asam, kan muka dah masam, dah tak cantik dah”. “Kita memang tak cantik, sapa kata kita cantik…”. “Saya kata awak cantik, kalau awak tak cantik tak kan saya nak couple ngan awak”. “Awak ni ngada-ngada arr”.

Selepas bercakap, mereka berbaik semula. Rakan-rakan yang mengetahui mereka sudah berbaik tumpang gembira. Walaubagaimanapun, Erina masih tidak berpuas hati dengan Fazren. Katanya dia hanya akan berpuas hati jika Fazren memberitahu Anisa supaya jangan mengganggu mereka lagi.

Keesokannya, Fazren dengan patuh berjumpa Anisa sebelum loceng berbunyi. “Saya ada benda sikit nak cakap ngan awak ni Anisa”. “Ada apa?”. “Saya nak bagitau, awak tolong jangan kacau saya lagi, jangan call, mesej, nak berjumpa bual kosong pun tak boleh”. “Kenapa pulak ni?”. “Saya tak nak gaduh lagi dengan buah hati saya”. “Oh, yer ker… Ok”. “Terima kasih…”. Mereka berdua beredar dari situ.

Petang itu Anisa memberitahu rakannya, Karina mengenai Fazren selepas tamat kelas tusyen. Tasya juga mengambil kelas tusyen di tempat yang sama. “Geram betul aku ngan awek Fazren tu…,” marah Anisa. “Kalau aku jadi awek dia pun aku akan buat benda yang sama, mestilah aku tak nak kehilangan Fazren,” jawab Karina. “Sapa lah agaknya awek Fazren tu hah?” tanya Anisa. “Korang tak tau ker? Erin budak kelas dia tu lah…,” sampuk Tasya yang terdengar perbualan mereka berdua.

Mereka tidak begitu terkejut selepas terdengar jawapan Tasya kerana Fazren dan Erina sering bersama. “Aku dah agak dah…,” kata Karina. Tasya kemudiannya balik selepas abangnya sampai. “Aku nak buat something arr kat Erin tu…,” ujar Anisa. “Kau nak buat apa? Jangan cari masalah arr…”. “Adalahlah… tunggu kau Erina…”.

Pagi Rabu menjelma, Erina tertanya-tanya sama ada Fazren sudah memberitahu Anisa atau belum. Di sekolah, dia tidak bertanya apa-apa pada Fazren dan Fazren pun tidak memberitahu apa-apa. Petang itu tiada study group kerana Marisa, Nabil dan Hafiz tak dapat datang.

Marisa menceritakan mengapa dia dipanggil penolong kanan selepas ditanya beberapa kali oleh Syikin. “Sebenarnya sehari sebelum aku kena panggil, adik aku yang form two tu kena tangkap sebab hisap rokok kat belakang tandas,” cerita Marisa. “Dia sorang ker?” tanya Syikin. “Tak der lah dia ngan kawan-kawan dia,” jelas Marisa. “So asal kau kena panggil?” tanya Erina pula. “Bila Pn. Salmiah tanya no telefon ayah aku dia kata tak hafal. Telefon rumah kitorang tak ada. Pn. Salmiah suruh dia bawa ayah aku kat sekolah tapi dia tak bagitau, so Pn. Salmiah suruh aku yang bagitau”.

“So adik kau tu apa citer?” sampuk Hafiz. Dia yang sedang duduk belakang Syikin terdengar perbualan mereka. “Kau ni menyibuk jer…,”marah Syikin. “Sekolah bagi dia peluang belajar kat sini lagi sebab dia kata dia first time hisap rokok masa tu. Bapa aku pun buat rayuan supaya dia sekolah sini. Kawan-kawan dia yang lain kena buang sebab dah banyak kali hisap kat belakang tandas tu…,” jawab Marisa. “Kecil-kecil lagi dah pandai kan…,” keluh Hafiz.

Waktu balik, semasa Erina sedang berjalan dengan Syikin, Anisa menjerit memanggil Erina. Erina pada mulanya mahu jalan sahaja tetapi Anisa mengejar mereka. “Kau awek Fazren kan?” tanya Anisa. Erina terdiam. “Kau tak yah arr…aku tau…,” sambung Anisa. “Dah tau tanya lagi…,” sindir Syikin. “Kau diam arr…,” jawab Anisa. “Untuk pengetahuan kau yer Erina, aku ngan Fazren tak der apa-apa. Cuma kawan jer… Kau tak payah susah-susah suruh Fazren putuskan persahabatan kitorang. Aku pun sebenarnya dah ada balaklah, budak sekolah sebelah,” kata Anisa dengan nada yang agak kasar.

Di rumah, setelah berfikir panjang, Erina membuat keputusan untuk berjumpa Fazren. Dia membagi mesej kepada Fazren. “Alamak, ada mesej pulak” telefon Fazren berbunyi. Dia membaca mesej dari Erina, “Jumpa saya kat taman dekat umah saya pukul 5 petang ni”.

Jam menunjukkan pukul 4.15 petang. Fazren bersiap untuk berjumpa Erina. Dia meminjam motosikal kepunyaan jirannya. Jarak antara rumah Fazren dan Erina tidaklah jauh sangat, kira-kira 5 km. Dia pun tiba di tempat pertemuan. Dari jauh, dia sudah ternampak Erina sedang duduk di pondok. Dia memetik sekuntum bunga liar yang ditemuinya.

“Hai…,” tegur Fazren. “Awalnya awak sampai, baru 4.45,” kata Erina. “Rasanya awak lagi awal,” jawab Fazren lalu menghulurkan bunga yang dipetiknya. “Ada apa awak nak jumpa ngan saya ni?” tanya Fazren. “Terima kasih sebab dah bagitau Anisa, awak dah tunjukkan yang awak ikhlas dengan saya,” kata Erina. “Awak yang suruh mestilah saya buat”. “Kalau saya suruh awak terjun bangunan awak buat?”. “Mestilah tapi rasanya awak tak sanggup kehilangan saya”.



Tidak ada sesuatu yang tidak dapat diatur oleh cinta sejati

Episod Enam

“Minggu depan cuti sekolah, kita tak pegi mana-mana?” tanya Erina. “Orang tengah pening buat Add Maths ni, kau nak jalan-jalan,” ujar Hafiz. “Kalau nak pegi mana-mana…kita tengok wayang jer lah,” kata Marisa. “Yer lah kan ada citer baru…cuti pun pendek jer…,” sokong Nabil. “Aku tak kisah…,” kata Erina.

Cuti sekolah pun tiba, mereka ke pusat membeli-belah untuk menonton wayang. “Mana Fazren ni…,” rungut Syikin. “Lembab betul lah boyfriend kau ni Erin,” kata Hafiz. “Jap, aku call dia,” Erina mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon Fazren. Belum sempat dia menekan butang call, Fazren datang. “Macam kura-kura…,” ejek Marisa. Mereka ke pawagam dan membeli tiket. Sebelum masuk, mereka membeli bertih jagung dan air.

Selepas menonton wayang, sudah tengahari. “Kita lunch dulu ke?” tanya Erina. “Jom lah aku pun lapar ni,” jawab Hafiz. “Kau bila tak lapar…?” usik Syikin. “Nak makan kat mana?” tanya Fazren. “McD….,” jerit Marisa. “Kalau yer pun tak yah arr cakap kuat-kuat,” tegur Nabil. Semasa berjalan ke McDonald, Hafiz mengatakan yang dia mahu ke tandas. Marisa dan Syikin juga ke tandas. Nabil yang pada mulanya tidak mahu ikut terpaksa ikut sebab nak biarkan pasangan kekasih itu berdua-duaan.

“Kitorang berdua pergi dulu,” kata Fazren. “Pergilah kau…,” balas Nabil. Mereka berdua pun pergi. “Nak duk maner ni?” tanya Fazren. “Carilah tempat yang cukup enam orang…,” jawab Erina. “Hah tu…,” Fazren menunjukkan tempat yang boleh enam orang duduk. Mereka berdua duduk sebelum Erina berkata, “Awak pergi beli dulu, saya jaga tempat. “Awak nak apa? Saya belikan”. Setelah Erina memberitahu apa yang dia mahu, Fazren pergi ke kaunter.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Kau tadi tak faham-faham pulak…,” kata Hafiz. “Lupa arr… Tak puas-puas lagi ke berkepit kat sekolah?” balas Nabil. “Biasalah tu, kau ngan Farihin pun apa kurangnya…”. “Aku ngan Farihin bincang pasal pelajaran…diorang?”. “Pelajaran cinta,” kata Hafiz sambil ketawa. Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari tandas, Marisa dan Syikin juga keluar. “Kau bagitau Syikin ke suruh keluar?” usik Nabil. “Sengallah kau…,” marah Hafiz.

“Kita jalanlah lambat-lambat sikit bagi privacy kat kawan kita kat McD tu…,” kata Hafiz. “Kita pegi Guardian dulu, aku ada barang nak beli,” ajak Marisa. “Yerlah, aku pun nak beli ‘benda’,” kata Syikin. “Benda apa?” tanya Nabil. “Adalah…,” jawab Syikin. Rupa-rupanya benda yang dimaksudkan hanyalah pencuci muka. “Pencuci muka ni ‘benda’ kau?” kata Hafiz. “Suka hati aku arr…,” balas Syikin. Selepas membeli mereka terus ke McDonald.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Semasa Fazren pergi memesan makanan, telefon bimbitnya tertinggal di atas meja. Erina menggunakan kesempatan itu untuk memeriksa telefon Fazren. Erina membuka mesej-mesej Fazren. Erina terkejut kerana terdapat banyak mesej dari Anisa. Dia baca mesej tersebut satu persatu. Satu dari mesej yang dibacanya berbunyi, “Saya tak kisah kalau bermadu”. Mesej-mesej itu masih baru lagi.

Erina kemudiannya meletak semula telefon Fazren di tempat asalnya setelah melihat Fazren datang membawa makanan yang dipesan. Sebaik sahaja Fazren meletak makanan diatas meja, Erina berkata, “Saya kisah tau kalau dimadukan”. Fazren terlihat telefon bimbitnya diatas meja. Dari situ, dia sudah mengagak apa maksud Erina. Sebelum sempat dia berkata apa-apa, rakan-rakannya yang lain datang. Dia terus menyimpan telefon bimbitnya.

“Korang dah makan dah…bukan nak beli sekali…,” kata Hafiz. Marisa, Hafiz dan Nabil pergi memesan makanan. Menyedari keadaan Erina dan Fazren yang agak tegang, Syikin turut pergi memesan makanan. Fazren membuka mulut, “Mesej tu tak der apa-apa. Dia main-main jer…”. Erina tidak mengendahkan apa yang dikatakan Fazren.

Mereka semua pun makan sambil berbual-bual. Dalam mereka berenam, hanya Erina yang tidak bercakap langsung. “Asal Erina? Senyap jer…” tanya Marisa. “Biasalah…krisis rumahtangga…,” jawab Hafiz. Syikin memijak kaki Hafiz selepas mendengar kata-kata Hafiz. “Asal kau pijak kaki aku…,” Hafiz kesakitan. “Aku tak apa-apa arr…,” kata Erina perlahan.

Selepas makan, mereka berjalan-jalan cuci mata di pusat membeli-belah berkenaan. Apabila petang, mereka balik. Fazren menemani Erina ke perhentian bas. “Awak, kan saya dah kata mesej tu tak der apa-apa makna. Awak janganlah merajuk lagi”. Apabila bas sampai, Erina terus naik tanpa menghiraukan Fazren. Fazren pun balik bersama Nabil dengan menunggang motosikal kepunyaan abang Nabil.

Sejurus sampai di rumah Fazren, Nabil bertanya, “Asal Erina tadi?”. “Dia baca mesej Anisa kat handphone aku”. “Padan muka kau layan lagi Anisa tu…”. “Tak layan nanti kata aku sombong pulak”. “Kau tahu yang Anisa sukakan kau dan kau tahu yang dia cuba dapatkan kau”. Fazren terdiam. Nabil memberi salam lalu balik ke rumahnya.

Cemburu adalah bukti daripada rasa cinta.

Wednesday, December 3, 2008

Episod 5

Setelah hampir dua minggu masa berlalu. Setiap kali berjumpa, Fazren dan Erina pasti bergaduh. Mengungkit dan memperli menjadikan hubungan mereka lebih tegang. Walaubagaimanapun, mereka tetap bersama. Di depan rakan-rakan, mereka bermasam muka, jika telefon di rumah mereka bergelak ketawa. Sebenarnya, Erina cuba untuk jual mahal supaya Fazren lebih berusaha untuk mendapatkannya. Namun, Fazren yang tidak memahami perempuan asyik menyakitkan hati Erina.

“Buat apa tu?” tanya Fazren. “Tak nampak ke tengah buat apa?” jawab Erina. “Kau buat apa tu Syikin? Sibuk jer orang sebelah kau ni. Bukannya aku tak tanya dia,” sambung Fazren. “Korang ni kan…korang yang gaduh, aku kena ikut sekali,” marah Syikin. “Kau nak ikut pegi mana Syikin?” kata Fazren. “Ee…,” Syikin bangun dari tempatnya. “Asal suka buat orang marah hah?” tanya Erina. “Sapa yang marah?” balas Fazren.

Syikin yang bangun dari tempatnya, duduk disebelah Nabil. Dia menceritakan perkara yang berlaku kepada Nabil. Selepas Fazren datang, dia ke tempat duduknya semula. “Kau ni asal hah kau sebenarnya nakkan Erin ke tak nak?” tanya Nabil. “Apa kau merepek ni?” jawab Fazren. “Aku tahu kau faham apa maksud aku. Kau tahu tak, aku pelik ngan kau ni. Dulu, kau yang ajak dia couple, sekarang ni kau asyik sakitkan hati dia jer… ataupun entah-entah kau sajer jer buat trick sebab nak tengok kesetiaan dia kat kau”. “Kau ni buat lawak jer…”. “Yer, memang lawak…lawak lah sangat”.

Selepas guru matamatik mereka keluar, Farihin memanggil Nabil, “Nabil, sini kejap”. “Awek dia dah panggil…,” usik Fazren. “Diam arr kau!” marah Nabil. “Ada apa?”. “Ni…camner nak buat? Walaupun cikgu dah terangkan tiga kali, tak faham jugak”. “Kejap, nak amik buku”. Selepas ambil buku, Nabil terangkan apa yang tak difahami Farihin sehingga Farihin faham. Farihin suka bertanya dengan Nabil kerana cara Nabil terangkan senang untuk dia faham.

“Nabil mana?” tanya Hafiz. “Tengah dating…” jawab Fazren. Mendengar jawapan Fazren dia terus memandang ke arah tempat duduk Farihin. “Kau bagitau dia majalah dia ada kat Qayum,” kata Hafiz. “Ok…,” balas Fazren. Tidak lama kemudian guru Bahasa Inggeris mereka masuk. Semua duduk di tempat masing-masing dan memberi salam.

Hampir sejam masa berlalu loceng berbunyi dan semua pelajar keluar untuk rehat. Fazren tidak henti-henti mengusik Syikin dan Erina sepanjang perjalanan ke kantin. “Dah dah ler tu…nanti lepas rehat sambung lagi,” perli Marisa yang dah bosan tengok kelakuan Fazren.

Selepas rehat, sewaktu matapelajaran Sejarah, datang dua orang pelajar perempuan memanggil semua ahli pandu puteri. Erina, Marisa, Syikin dan termasuk Farihin keluar untuk berjumpa dua pelajar tersebut. Nabil dan Fazren yang duduk di tepi pintu mendengar segala-galanya. “Kamu semua perlu bayar tiga ringgit untuk name tag yang dah siap,” kata salah seorang pelajar. Semua membayar tiga ringgit kepada pelajar yang seorang lagi.

Farihin bertanya, “Kalau bayar esok boleh tak?”. “Kan semalam dah beritahu suruh bawa duit, cikgu nak hari ni…,” jawab pelajar tersebut. Nabil yang terdengar perbualan tersebut memanggil Farihin. Dia menghulurkan duit kepada Farihin, “Nah, amik dulu nanti esok lusa bayarlah”. “Tak per lah…,” Farihin menolak. “Amik jer lah… Nanti bila-bila bayar balik,” pujuk Nabil. Farihin pun mengambil duit Nabil dan mengucapkan ‘Terima kasih’.

Setelah guru Sejarah mereka keluar, Fazren bertanya kepada Nabil, “Asal kau baik sangat ngan Farihin?”. “Kalau kau ada kat tempat dia pun aku akan buat benda yang sama…,” jawab Nabil. “Ker… kau ada apa-apa ngan dia? Korang sebenarnya dah couple kan…?”. “Mana ader…”. “Mungkin korang tak nak guna istilah couple tapi ‘special friend’”. “Tak der…aku tak nak lah nak ajak couple ker…nak jadi special friend ker…bagi aku dia sama jer macam kau…macam geng-geng study group lain”.

Sebelum sempat Fazren membuka mulut, penolong kanan sekolah mereka, Pn Salmiah, memanggil Marisa. Marisa ikut Pn. Salmiah pergi ke pejabat. “Asal tu?” tanya Hafiz. “Manalah aku tahu…,” jawab Syikin. “Aku rasa kan lebih baik kau ajak dia couple cepat sebelum orang lain rampas,” kata Fazren. “Kalau dah jodoh tak ke mana…,” balas Nabil. Selepas Marisa balik ke kelas, ramai yang bertanya tapi Marisa tidak mahu jawab.


Cinta yang dicari adalah baik, tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.

Tuesday, December 2, 2008

Episod Empat

“Hari ni ada study group tau…,” Hafiz memberitahu rakan-rakannya yang lain.

Petangnya mereka berkumpul seperti biasa. Semua sudah ada kecuali Fazren dan Erina. “Mana pulak dua ekor belangkas ni…” keluh Nabil. “Asal kau cakap diorang belangkas?” tanya Marisa. “Panjang umur korang berdua,” kata Syikin kepada Fazren dan Erina yang baru sampai. “Nabil, kau tak jawab lagi soalan aku,” kata Marisa. “Untuk pengetahuan kau ngan Hafiz, Fazren dan Erina kita ni dah bercouple,” jelas Nabil. “Biar betul, tak bagitau pun,” ujar Hafiz. “Asal tak bagitau kitorang…” tanya Marisa kepada Erina. “Ni dah bagitau ni,” jawab Erina.

Study group mereka masih berjalan seperti biasa walaupun Fazren dan Erina sudah bercouple. Cuma sesekali Marisa berasa geli apabila Fazren dan Erina bersaya awak. Hari itu mereka pulang awal kerana hari sudah mendung. Erina takut masa balik nanti hujan dan dia akan basah kuyup.

Apabila berjumpa di sekolah keesokannya, Marisa, Syikin dan Erina berbincang mengenai pertandingan ICT yang diadakan Kelab Komputer. “Jadikan kita nak masuk pertandingan ni?” tanya Syikin. “Kita masuk jer lah…tak kisah menang ker kalah,” pujuk Marisa. “Tak der tak der aku nak masuk untuk menang bukan untuk kalah,” ujar Erina. “Yer ler…,” balas Marisa. “Kita nak buat kat umah sapa?” tanya Syikin. “Kat umah aku boleh?” kata Marisa. “Ok lah tu, ari Sabtu kul 3 kat umah kau,” Erina bersetuju. Mereka semua bersetuju.

“Korang bincang pasal apa ni?” tanya Hafiz. “Ada lah kau jangan menyibuk,” jawab Syikin. “Korang ingat korang boleh menang ker masuk pertandingan ICT tu…” ejek Hafiz. “Wei tengok kaki lah…,” balas Marisa. “Sebab aku dah tengok lah aku cakap.” “Sekurang-kurangnya kitorang cuba tak macam kau takut nak masuk,” kata Erina pula. “Aku bukan takut cuma nak bagi peluang untuk orang macam korang ni.” “Wei bla lah kau dari sini buat orang sakit hati jer…,” Syikin menghalau Hafiz.

Seperti yang dijanjikan, mereka bertiga berjumpa di rumah Marisa. “Jomlah masuk bilik aku,” ajak Marisa. “Kita nak buat camner ni?” tanya Syikin. “Topik kita pasal dadah kan…kita huraikan benda dadah ni. Jenis-jenisnya, kegunaannya, akibat penyalahgunaan dan lain-lain,” jawab Erina. Mereka pun berbincang dan membuat projek mereka. Pada petangnya mereka siap membuatnya. Mereka tidak sabar hendak hantar projek mereka itu.

Mak Marisa mempelawa mereka semua untuk minum petang sebelum balik. “Makanlah jangan malu-malu,” kata Marisa. “Syikin mana tahu malu,” usik Erina. “Jangan mengutuk aku boleh tak,” marah Syikin. “Marah ke? Aku main-main jer lah…,” kata Erina. “Tahu takut…,” balas Syikin. “Nanti projek ni nak bagi saper?” tanya Marisa. “Pn Suria arr…,” jawab Syikin.

“Erina, aku nak citer sikit ni,” kata Marisa. “Apa dia?” tanya Erina. Marisa pun bercerita, “Hari Khamis aritu Tasya yang kelas 4S3 bagitau aku yang dia nampak budak kelas dia, Anisa menggedik ngan Fazren kat Seven Eleven dekat sekolah kita. Bila Tasya tanya Anisa asal dia menggedik, dia kata nak tackle Fazren sebab Fazren tu hensem, pandai pulak tu…”. “Dia menggedik camner?” tanya Erina. “Biasalah pompuan camtu buat-buat manja… Dia saja langgar Fazren pastu jatuh. Dia tagih arr simpati dari Fazren. Nombor phone pun dia mintak kononnya ganti rugi sebab dah langgar dia,” terang Marisa.

Keadaan sunyi seketika. Syikin cuba memujuk Erina, “Aku rasa Anisa tu perasan jer…tak kan Fazren layan pompuan gedik camtu”. “Aku pun rasa camtu, aku bagitau pun nak suruh kau berhati-hati sikit,” nasihat Marisa. “Yalah,” kata Erina perlahan. Erina dan Syikin kemudian pulang ke rumah masing-masing.

Di rumah, Erina asyik memikirkan tentang hal yang diceritakan Marisa. Dia takut jika Fazren dirampas darinya. Sewaktu makan malam, dia lebih banyak termenung daripada makan. “Asal termenung jer ni? Teringatkan boyfriend ker?” tanya abangnya. “Yerlah Erin, makan sikit-sikit, sakit ker?” maknya juga perasan dengan kelakuan anaknya itu. “Tak ada apa-apalah,” jawab Erina.

Pada hari Isninnya, Erina bertanya kepada Fazren mengenai Anisa. “So betullah apa yang Marisa citer…,” kata Erina. “Memanglah betul tapi saya tak layan pun…,” jelas Fazren. “Kalau tak layan asal bagi nombor phone?”. “Saja jer nak kawan”. “Mula-mula kawan lah, lama-lama?”

Bahkan yang buruk dan hina, menjadi indah dan bererti kerana cinta.

Episod 3

Kok kok kok kok… Jam loceng Erina berbunyi. Waktu itu tepat pukul 6.00 pagi dan Erina tidak sabar hendak ke sekolah. Selepas mandi dan bersiap, dia cepat-cepat keluar rumah. Mak Erina yang perasan anaknya sudah keluar menjerit, “Erin… tak salam mama ngan papa lagi terus pergi?”. Erina yang terdengar teriakan maknya itu berpatah balik. “Asal kelam kabut sangat ni?” tanya ayahnya. “Tak ada apa-apa sajer jer,” jawab Erina lalu pergi.

Ketika menunggu bas, dia asyik tersenyum dan memikirkan apa reaksi Syikin apabila dia menceritakan perkara yang berlaku apa dirinya semalam. Dia juga terbayangkan bagaimana jika dia sudah bercouple.

Apabila Erina tiba di sekolah, dia ke kelasnya untuk berjumpa dengan Syikin. Di kelas, Syikin sudah sampai. Dia berlari anak ke tempat duduknya yang bersebelahan dengan Syikin. “Cepat lah citer saper nak couple ngan kau?” tanya Syikin. “Sabar ler… aku baru sampai. Kita cakap kat pondok arr nanti orang lain dengar,” kata Erina.

“Cepat lah citer…”. “Sabar ler…semalam masa aku ngan Fazren jer ada kat library, dia ada tanya sama ada aku ni ada ker special boyfriend, aku pun ckp lah tak der kan”. “Pastu apa dia cakap?”. “Dia tak cakap apa-apa, aku pulak tanya dia yang dia tu ader ker special girlfriend”. “Pastu?”. “Dia cakap yang muka dia tak seberapa tu yang aku cakap yang termuntah dengar dia merendah diri”. “Bila dia ajak kau couple?”. “Masa balik dalam bas, dia tanya kita couple nak? Aku masa tu terkejut gila aku cakap arr nanti aku fikirkan dulu”.

“So kau terima ke?” tanya Syikin bersungguh-bersungguh. “Sebab tu lah aku cakap ngan kau ni…aku tak tahu nak terima ke tak,” ujar Erina. “Aku rasa kau patut terima, kau kan memang dah suka dia,” kata Syikin cuba meyakinkan rakannya itu. “Aku pun rasa camtu. Nanti waktu rehat aku bagitau dia”. Mereka berdua pun balik ke kelas setelah loceng berbunyi.

Di kelas Syikin dan Erina terserempak dengan Fazren. Erina hanya tersenyum lalu pergi ke tempat duduknya. Kelas berjalan seperti biasa. Sesekali Fazren menyintai ke belakang untuk melihat Erina. Erina perasan kelakuan Fazren itu dan dia memberitahu Syikin. “Aku rasa dia tak sabar nak dengar jawapan dari kau,” kata Syikin.



Apabila tiba waktu rehat,Erina berjumpa Fazren selepas semua orang keluar. “Aku setuju,” kata Erina tersipu-sipu. Fazren menganggukkan kepalanya. Mereka keluar kelas mengikut haluan masing-masing. Selepas rehat, Fazren menceritakan tentang hubungannya dengan Erina kepada Nabil.

“Aku dah couple ngan Erina” . “Bila?”. “Masa rehat tadi baru dia setuju”. “Bila kau tanya dia?”. “Semalam, masa balik dalam bas”. “Dalam bas? Kelakarlah korang ni…aku orang pertama kau bagitau ker?”. “Yer…tapi rasanya dia dah bagitau Syikin”. “Ohh…I see… Tahniahlah yer…semoga berbahagia ke anak cucu”.

Selepas hari itu, mereka selalu kelihatan bersama. Waktu rehat, waktu balik, dalam kelas pun mereka sering kali bersama. “Hai Syikin kau buat apa tu?” kata Fazren. “Kau nak duduk tempat aku ni cakap jer lah,” balas Syikin lalu bangun dari tempatnya. “Tak per ke ni? Kau nak duduk mana?” ujar Fazren selepas Syikin bangun. “Sini ada ni,” kata Syikin. Dia duduk di sebelah Marisa. “Awak ni kesian dia,” marah Erina. “Dah dia kata tak per,” jawab Fazren.

Pada waktu rehat, selepas makan, Fazren berjumpa dengan Erina yang sedang berbual dengan Syikin di pondok. Apabila Syikin ternampak Fazren sedang menuju ke arah mereka dia bangun, dia bangun. “Kau nak pegi mana Syikin?” tanya Erina. “Balak kau dah sampai arr…,” jawab Syikin. “Biar arr dia kau duduk jer…,” kata Erina. “Nanti kacau pulak,” balas Syikin. “Duduk jer lah bagi mengelakkan fitnah,” Erina memaksa Syikin untuk duduk.

“Asal main tarik-tarik tangan ni?” tanya Fazren yang ternampak Erina menarik tangan Syikin. “Awek kau ni suruh aku dating sekali ngan kau,” jawab Syikin. “Ok lah tu…korang baru berdua panggillah lagi dua orang baru cukup empat,” balas Fazren sambil ketawa. “Kalau berani buat arr…,” kata Erina. “Woi Syikin, orang nak dating pun nak kacau ker?” teriak Nabil tiba-tiba. “Nak join sinilah…,” balas Syikin. Mereka bertiga terus berbual. Sesekali terdapat pelajar yang memandang ke arah mereka. Memandangkan mereka bertiga, orang menyangka yang mereka hanya berkawan.

Cintailah sesama manusia, seperti engkau mencintai dirimu sendiri.

Monday, December 1, 2008

Episod Dua

Tanpa disedari seminggu masa berlalu dan sekali lagi mereka mengadakan study group. Cuaca agak berangin setelah panas terik beberapa hari lalu. Setelah solat dan makan mereka berkumpul. Fazren dan Erina ke perpustakaan dahulu kerana mereka yang lain ke tandas. Setelah memilih tempat yang sesuai iaitu di bawah kipas, Fazren membuka mulut. “Ada sesiapa tak bagitau yang kau ni cantik sangat…”. “Kau pahal ni tetiba jer puji aku, aku memang cantik dari dulu,” jawab Erina dengan megahnya.

Setelah beberapa ketika Erina memuji dirinya, Fazren bertanya “Kau ada special boyfriend?” jawab Erina “ Asal kau tanya ni? Aku tak der special boyfriend. Kau nak jadi special boyfriend aku ker?”. Fazren yang mendengar jawapan Erina itu tersenyum. “Kau ni asal ni? Senyum-senyum pulak… Kau tanya aku kau tu ader special girlfriend?”. “Manerlah ader orang nak jadi special girlfriend aku… Muka dah lah tak seberapa…”. “Merendah diri pulak… Nak termuntah aku dengar”.

Sebelum Fazren berkata apa-apa, mereka yang lain sampai. “Korang citer pasal apa sampai nak termuntah ni?” tanya Marisa. “Diorang dating arr… kita ni kacau jer…,” sampuk Nabil. “Yer… kitorang tengah dating ni… korang ni kacau jer…,” jawab Erina. “Jomlah kita blah tinggalkan diorang berdua ni,” ujar Hafiz sambil bangun dari tempat duduknya. “Jangan nak mengada-ngada kau duduk sekarang!” kata Fazren tegas.

“Kita nak buat apa ni?” tanya Syikin. “Aku tak siap lagi lah kerja sejarah yang cikgu bagi tadi. Aku tak nampak cikgu tulis kat depan,” ujar Nabil. “Dah rabun nak buat cam maner…,” Fazren mengusik lalu menghulurkan bukunya. “Aku dah siap salin tapi tak tahu jawapan. Pinjam buku kau Erin”, kata Marisa pula. “Korang ni lembab arr tgk cam aku dah siap dah,” kata Hafiz dengan sombongnya.

Mereka kemudiannya membincangkan jawapan kerja Sejarah itu. Walaupun Hafiz sudah siap, jawapannya hampir semuanya salah. Mereka terus usik-mengusik sesama mereka sehinggakan mereka beberapa kali ditegur pengawas bertugas. Memandangkan pengawas berkenaan adalah rakan sekelas mereka, teguran itu diendahkan.

“Kamu semua ni senyaplah sikit, kesian saya tahu tak. Kamu yang bising saya kena marah,” rungut Siew Ling. “Kamu kena marah? Padan muka,” kat Hafiz sambil ketawa. “Kau ni Hafiz, kesian dia,” Syikin memarahi Hafiz. “Sorrylah Siew Ling, kitorang tak sengaja, kitorang tak kan bising lagi. Hafiz ni memang bangang sikit,” pujuk Erina. “Bukan sikit tapi banyak!” sampuk Nabil.

Mereka selepas itu berbual secara perlahan. Marisa dan Syikin memarahi Hafiz kerana kata-katanya tadi. Apabila jam tepat menunjukkan pukul 4.30, mereka semua pulang ke rumah masing-masing. Hanya bapa Marisa sudah menunggu di luar sekolah. Nabil, Hafiz dan Syikin menunggu di hadapan pagar manakala Fazren dan Erina ke tempat perhentian bas.

“Syikin, ayah kau dah sampai,” kata Hafiz sambil menunjuk ke suatu arah. Syikin bangun menoleh ke arah yang dituju Hafiz “Maner? Tak nampak pun”. “Kau dengar lah cakap Hafiz sengal tu…,” kata Nabil yang sedang menggunakan telefon bimbitnya. “Kurang ajar punya Hafiz, aku belasah juga kang,” kata Syikin sambil dengan marahnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bas yang ditunggu telah sampai. Fazren dan Erina naik bersama-sama. Mereka berdua duduk sebelah-menyebelah kerana tidak ada tempat duduk lain. Setiap hari Erina dan Fazren pulang bersama-sama. Walaupun kawasan rumah mereka berlainan, bas yang mereka naiki menggunakan jalan yang sama.

Setelah agak lama berdiam diri, Fazren mulakan bicara “Kau betul ke tak der special boyfriend?”. “Tak der… kenapa?” jawab Erina. “Aku ada benda nak bagitau ni tapi kau jangan marah tau”. “Kau tak bagitau lagi camner aku nak marah”. “Kita couple nak?”. “What? Kau serious ni?”. “Aku tak kisah kau nak terima ke tak nak. Aku cuma tanya jer… kalau tak nak tak per”. “Tak! Bukan aku tak nak. Cuma terkejut jer. Nanti arr aku fikirkan dulu”. “Ok”.

Erina berdiri dan membunyikan loceng. Dia turun meninggalkan Fazren. Sambil berjalan ke rumahnya, dia tersenyum seorang diri. “Tak sangka Faen ada hati ngan aku, bestnya… aku bakal bercouple ngan dia…dah lama aku nak dia…”. Sebenarnya sudah lama Erina sukakan Fazren sejak tingkatan dua lagi ketika dia terlihat Fazren di kelas sebelah tapi dia tidak mahu memberitahunya kerana takut dilabel ‘perigi cari timba’.

Petang itu dia menghantar SMS kepada Syikin. “Wei Ikin dulu kau couple ngan Afiq camner arr”. “Aku tak paham soalan kau”. “Camner korang start couple?”. “Mula-mula dia tanya aku pastu aku setuju jer. Asal kau tanya ni?”. “Tak der paper… saja jer. Korang bahasakan diri korang apa yer masa couple dulu?”. “Saya awak. Ada orang ajak kau couple ker?”. “Ada lah… esok aku bagitau kau”.

Kalimah cinta yang diucapkan terlalu awal, pada usia yang terlalu muda, adalah cinta yang didorong oleh nafsu

Episod 1

“Arini ada tak?” tanya Marisa kepada Syikin. “Ada apa?” jawab Syikin sambil menggaru kepala. “Kelab kita arini ada perjumpaan?” sambung Marisa. “Kelab apa pulak ni…?” Syikin masih tidak faham maksud Marisa. “Err… sengallah kau Syikin, study group ler…,” Hafiz yang terdengar perbualan kedua-dua rakannya itu mencelah. “Cakap study group jer kan senang, tanya Erin lah aku tak tahu,” jawab Syikin sambil menunjuk ke arah Erina. Waktu itu adalah waktu selepas rehat semasa berjalan ke kelas.

Marisa pergi ke arah Erina, “Arini study group ada kan?”. “Yer ada, jangan tak datang pulak, bagitau yang lain sekali,” ujar Erina. Marisa kemudiannya pergi beritahu kawan-kawannya yang lain.

Setiap hari Rabu, enam sekawan, Erina, Syikin, Marisa, Fazren, Nabil dan Hafiz mengadakan study group. Mereka akan belajar bersama-sama, berbincang tentang topik yang kurang faham dan berkongsi ilmu. Mereka mengadakan study group itu di perpustakaan sekolah selepas waktu sekolah. Jika cuti sekolah, kadang-kadang mereka mengadakan study group di rumah sesiapa antara mereka.

“Mana si Hafiz ni… lamanyer dia pergi tandas,” rungut Nabil. “Sabar ler… kejap lagi datang ler tu… Kau aritu lagi lama tahu tak,” kata Fazren. “Hah tu dia…,” Syikin menunjuk ke arah Hafiz. Hafiz yang sedang tersenyum berkata “Sorry lah aku lambat sakit perut arr…”. “Berjanggut kitorang tunggu tau tak…,” ujar Nabil dengan nada yang agak marah. “Dah lah… arini kita discuss pasal Bio, tadi cikgu ajar aku cam blur sikit…,” Erina menenangkan rakannya itu. “Aku rasa kau memang selalu blur…,” usik Marisa.

Study group yang diadakan ini berjaya mengeratkan hubungan mereka. Jika dulu, mereka agak jarang bertegur sapa tapi kini mereka menjadi kawan baik. Sewaktu tingkatan tiga dulu, Erina dan Syikin sekelas, Fazren dan Nabil juga sekelas, Marisa pula dari kelas lain manakala Hafiz dari sekolah lain. Bila tingkatan empat, mereka bertemu di kelas 4S1.

Sambil membuat kerja rumah Biologi yang diberi oleh guru mereka, mereka bercerita agar tidak bosan. “Wei kalau tak silap aku, tadi Pn. Farida ckp minggu depan minggu last dia sebab cuti bersalin,” Marisa memulakan perbualan. “Betullah tu, aku pun dengar jugak tadi,” Nabil mengesahkan kenyataan Marisa itu. “Yer ker… aku tak dengar pun…,” Syikin meragui kenyataan itu. “Dah kau pekak Ikin, memang lah tak dengar,” kata Hafiz sambil ketawa. “Berani kau kata aku pekak, belasah karang,” balas Syikin sambil menunjukan buku limanya.

“Korang berdua ni asyik gaduh jer… aku nikahkan juga korang ni…,” Fazren yang diam dari tadi bersuara. “Aku boleh jadi saksi,” mencelah Erina. Mereka terus bergurau hingga balik. Suasana inilah yang membuatkan hubungan mereka lebih akrab.

Pagi esoknya semua pelajar 4S1 memakai baju sukan kerana ada mata pelajaran PJK. Oleh kerana guru PJK perempuan tidak hadir, mereka semua di satukan. Pada mulanya terdapat bantahan daripada pelajar perempuan akan tetapi pendirian En. Fazli tidak bolah diubah.

“Arini kita main bola ngan pompuan…,” teriak Hafiz. Pelajar lelaki lain hanya tersenyum. “Jangan harap kitorang nak main ngan kau perasan…,” balas Syikin selepas terdengar teriakkan Hafiz. “Arini kita tak main bola, kita main badminton. Beberapa pelajar lelaki tolong saya amik reket dan bulu tangkis,” kata En. Fazli. Dia bersama beberapa orang pelajar mengikutnya ke bilik stor.

“Kau main ngan aku yer Farahin,” kata Nabil sambil tersenyum. Farahin terima ajakkan Nabil. En. Fazli yang membawa reket dan bulu tangkis bersamanya mengagihkan kepada para pelajar. “Kamu semua main sekitar sini jer yer, pilihlah pasangan kamu masing-masing,” En. Fazli memberi arahan.

“Kau main ngan sapa Nabil?” tanya Fazren. “Farahin,” jawab Nabil ringkas. Marisa kemudiannya memanggil Fazren, “Jom main bergu, kau, aku, Erin ngan Hafiz”. Fazren berpasangan dengan Erina manakala Marisa dengan Hafiz. Syikin bermain dengan pelajar lain. Sambil mereka sedang main, mereka ketawa melihat gelagat Nabil bersama Farahin seperti sedang bercinta.



Selepas penat bermain, Syikin mengusik Hafiz, “Woi Nabil, kau kena mandilah bau macam bangkai”. “Aku berpeluh pun tak buat citer pulak kau,” balas Hafiz geram. Selepas mereka semua salin pakaian, mereka belajar seperti biasa. Cik Nani yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sabar menunggu pelajar-pelajarnya.

Sewaktu rehat, Nabil dan Farahin keluar bersama, beli makanan bersama dan makan bersama. Pelajar-pelajar kelas lain menganggap yang mereka berdua bercouple tetapi tidak di kelas 4S1. Pelajar-pelajar 4S1 tahu yang mereka berdua hanya berkawan baik. Mereka belum bercouple. “Nabil, kau makan bukan nak ajak aku, ajak Farahin jer…,” Hafiz dengan usikkannya. “Kau sapa nak makan ngan aku, kalau nak tukar jantina dulu,” balas Nabil. Fazren yang ada disitu menyokong kata-kata Nabil.

Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri, dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri... sebelum mencintai Allah

Sepatah dua kata...

Askum dan selamat sejahtera kepada semua. Ombak Cinta adalah cerita yang saya reka masa cuti bulan November 2008. Saja jer nak mengisi masa lapang. Sebelum ni, masa tahun 2006, saya ada juga buat cerita waktu cuti tapi cerita budak-budaklah. Nak siarkan pun malu. Kepada sesiapa yang agak ragu-ragu nak baca Ombak Cinta ni... biar saya ceritakan sikit. Cerita ni sebenarnya pasal "cinta" remaja sekolah, so tak lah jiwang sangat... Keseluruhan cerita ni jugak bukanlah pasal keseronokan bercinta jer...banyak konflik berlaku... sebab tu tajuknya ombak cinta... ombaknya bukan main kuat lagi...haha.. Kepada sesiapa yang mengenal diri ini, bila kita bersua muka jangan nak buka mulut cerita pasal cerita saya ni yer... Kalau nak komen, komen jer kat sini. Jangan komen face to face. Amaran tu... Selain tu, jangan nak buat sebarang spekulasi yang kononnya watak dalam cerita ni macam ada kat dunia sebenar. Memang saya buat cerita ni berdasarkan dunia sebenar tapi bukan 100%. Persamaan yang ada tu sikit sangat... Oklah sekarang anda boleh mula membaca. Sebelum terlupa, kepada penerbit buku atau drama yang nk tebitkan cerita ni jangan lupa call tau..haha...main-main jer lah...Selamat membaca....