CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 4, 2008

Episod Enam

“Minggu depan cuti sekolah, kita tak pegi mana-mana?” tanya Erina. “Orang tengah pening buat Add Maths ni, kau nak jalan-jalan,” ujar Hafiz. “Kalau nak pegi mana-mana…kita tengok wayang jer lah,” kata Marisa. “Yer lah kan ada citer baru…cuti pun pendek jer…,” sokong Nabil. “Aku tak kisah…,” kata Erina.

Cuti sekolah pun tiba, mereka ke pusat membeli-belah untuk menonton wayang. “Mana Fazren ni…,” rungut Syikin. “Lembab betul lah boyfriend kau ni Erin,” kata Hafiz. “Jap, aku call dia,” Erina mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon Fazren. Belum sempat dia menekan butang call, Fazren datang. “Macam kura-kura…,” ejek Marisa. Mereka ke pawagam dan membeli tiket. Sebelum masuk, mereka membeli bertih jagung dan air.

Selepas menonton wayang, sudah tengahari. “Kita lunch dulu ke?” tanya Erina. “Jom lah aku pun lapar ni,” jawab Hafiz. “Kau bila tak lapar…?” usik Syikin. “Nak makan kat mana?” tanya Fazren. “McD….,” jerit Marisa. “Kalau yer pun tak yah arr cakap kuat-kuat,” tegur Nabil. Semasa berjalan ke McDonald, Hafiz mengatakan yang dia mahu ke tandas. Marisa dan Syikin juga ke tandas. Nabil yang pada mulanya tidak mahu ikut terpaksa ikut sebab nak biarkan pasangan kekasih itu berdua-duaan.

“Kitorang berdua pergi dulu,” kata Fazren. “Pergilah kau…,” balas Nabil. Mereka berdua pun pergi. “Nak duk maner ni?” tanya Fazren. “Carilah tempat yang cukup enam orang…,” jawab Erina. “Hah tu…,” Fazren menunjukkan tempat yang boleh enam orang duduk. Mereka berdua duduk sebelum Erina berkata, “Awak pergi beli dulu, saya jaga tempat. “Awak nak apa? Saya belikan”. Setelah Erina memberitahu apa yang dia mahu, Fazren pergi ke kaunter.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Kau tadi tak faham-faham pulak…,” kata Hafiz. “Lupa arr… Tak puas-puas lagi ke berkepit kat sekolah?” balas Nabil. “Biasalah tu, kau ngan Farihin pun apa kurangnya…”. “Aku ngan Farihin bincang pasal pelajaran…diorang?”. “Pelajaran cinta,” kata Hafiz sambil ketawa. Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari tandas, Marisa dan Syikin juga keluar. “Kau bagitau Syikin ke suruh keluar?” usik Nabil. “Sengallah kau…,” marah Hafiz.

“Kita jalanlah lambat-lambat sikit bagi privacy kat kawan kita kat McD tu…,” kata Hafiz. “Kita pegi Guardian dulu, aku ada barang nak beli,” ajak Marisa. “Yerlah, aku pun nak beli ‘benda’,” kata Syikin. “Benda apa?” tanya Nabil. “Adalah…,” jawab Syikin. Rupa-rupanya benda yang dimaksudkan hanyalah pencuci muka. “Pencuci muka ni ‘benda’ kau?” kata Hafiz. “Suka hati aku arr…,” balas Syikin. Selepas membeli mereka terus ke McDonald.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Semasa Fazren pergi memesan makanan, telefon bimbitnya tertinggal di atas meja. Erina menggunakan kesempatan itu untuk memeriksa telefon Fazren. Erina membuka mesej-mesej Fazren. Erina terkejut kerana terdapat banyak mesej dari Anisa. Dia baca mesej tersebut satu persatu. Satu dari mesej yang dibacanya berbunyi, “Saya tak kisah kalau bermadu”. Mesej-mesej itu masih baru lagi.

Erina kemudiannya meletak semula telefon Fazren di tempat asalnya setelah melihat Fazren datang membawa makanan yang dipesan. Sebaik sahaja Fazren meletak makanan diatas meja, Erina berkata, “Saya kisah tau kalau dimadukan”. Fazren terlihat telefon bimbitnya diatas meja. Dari situ, dia sudah mengagak apa maksud Erina. Sebelum sempat dia berkata apa-apa, rakan-rakannya yang lain datang. Dia terus menyimpan telefon bimbitnya.

“Korang dah makan dah…bukan nak beli sekali…,” kata Hafiz. Marisa, Hafiz dan Nabil pergi memesan makanan. Menyedari keadaan Erina dan Fazren yang agak tegang, Syikin turut pergi memesan makanan. Fazren membuka mulut, “Mesej tu tak der apa-apa. Dia main-main jer…”. Erina tidak mengendahkan apa yang dikatakan Fazren.

Mereka semua pun makan sambil berbual-bual. Dalam mereka berenam, hanya Erina yang tidak bercakap langsung. “Asal Erina? Senyap jer…” tanya Marisa. “Biasalah…krisis rumahtangga…,” jawab Hafiz. Syikin memijak kaki Hafiz selepas mendengar kata-kata Hafiz. “Asal kau pijak kaki aku…,” Hafiz kesakitan. “Aku tak apa-apa arr…,” kata Erina perlahan.

Selepas makan, mereka berjalan-jalan cuci mata di pusat membeli-belah berkenaan. Apabila petang, mereka balik. Fazren menemani Erina ke perhentian bas. “Awak, kan saya dah kata mesej tu tak der apa-apa makna. Awak janganlah merajuk lagi”. Apabila bas sampai, Erina terus naik tanpa menghiraukan Fazren. Fazren pun balik bersama Nabil dengan menunggang motosikal kepunyaan abang Nabil.

Sejurus sampai di rumah Fazren, Nabil bertanya, “Asal Erina tadi?”. “Dia baca mesej Anisa kat handphone aku”. “Padan muka kau layan lagi Anisa tu…”. “Tak layan nanti kata aku sombong pulak”. “Kau tahu yang Anisa sukakan kau dan kau tahu yang dia cuba dapatkan kau”. Fazren terdiam. Nabil memberi salam lalu balik ke rumahnya.

Cemburu adalah bukti daripada rasa cinta.

0 comments: