CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 5, 2008

Episod 9

“Hari ni cikgu nak bagi kerja sikit unuk kamu kamu. Saya nak kamu buat presentation mengenai Kerajaan Islam di Madinah dan juga Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya. Saya beri masa seminggu untuk kamu buat. Ni topik yang cikgu nak kamu buat. Empat kumpulan lima orang, tiga kumpulan enam orang. Kamu boleh cari ahli, bagi nama kat saya dan bincang sekarang topik mana yang kamu nak buat. Kalau boleh saya nak mesti ada maklumat lain dari buku teks”.

“Kita nak buat sama-sama ker?” tanya Syikin. “Boleh jugak, kita ajak semua geng kita,” jawab Erina. Syikin dan Erina berjumpa dengan semua rakan mereka dan mereka bersetuju untuk membuatnya bersama. “Apa kata hari sabtu nanti kita pegi library Klang, boleh dapat maklumat banyak sikit,” kata Nabil. “Aku pun terfikir camtu…,” balas Marisa. Setelah memberi nama, mereka memilih topik dan mencari sedikit maklumat dari buku teks.

Pada hari Sabtunya, mereka berkumpul di sekolah sebelum ke Perpustakaan Klang dengan menaiki bas. Kesemua mereka sudah bersedia untuk memerah otak dan mencari maklumat. Selepas menuruni bas, mereka berjalan ke perpustakaan. Tiba-tiba telefon Fazren berbunyi. Dia menjawab panggilan tersebut dan mengarahkan rakan-rakannya pergi dahulu.

Mereka semua pun memasuki perpustakaan tersebut. “Beg letak kat rak sana,” kata pekerja perpustakaan. Mereka hanya membawa masuk kertas dan alat tulis. “Tu tempat budak-budaklah Hafiz, yang kau masuk sana buat apa?” marah Syikin. “Kat sinilah ada buku Sejarah…,” jawab Hafiz. Di perpustakaan itu hanya ada mereka yang datang kerana masih pagi. “Buatlah macam rumah sendiri,” kata Nabil.

Kesemua mereka mula mencari buku yang berkaitan dengan topik yang mereka pilih. “Cari berapa banyak buku yang ada letak kat meja dulu pastu baru kita cari maklumatnya,” Nabil memberi arahan. Di suatu sudut, Fazren mencari bersama Erina, “Siapa telefon tadi?”. “Kawan…”. “Kawan maner?”. “Kawan sekolah rendah”.

Setelah puas mencari buku di setiap rak, mereka mula mencari maklumat pula. Erina tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi Fazren sebentar tadi. Dia mahu mengetahui siapa yang menelefon Fazren. Pada hari Khamis lalu, Syikin telah bercerita kepada Erina mengenai Liyana. Dia ceritakan semua yang mereka bualkan sewaktu study group yang lalu.

Hampir tiga jam masa berlalu, mereka sudah mengumpul banyak maklumat dan bersedia untuk balik. “Jomlah balik,” ajak Hafiz. “Fazren, pinjam phone kejap,” kata Erina. “Nak buat apa?” tanya Fazren. “Nak tepon papa…nak tanya balik dia nak amik ker…nak naik bas,” jawab Erina.

Fazren tanpa ragu-ragu memberi telefon bimbitnya kepada Erina. Sebelum dia menelefon ayahnya, dia periksa siapa yang menelefon Fazren sebentar tadi. Apabila memeriksa, dia terperanjat kerana nama yang tertulis adalah ‘SyG yAnA’. Kemudiannya dia menelefon ayahnya.

Semasa memulangkan telefon bimbit Fazren, dia berkata, “Awak tak payahlah nak cakap lagi dengan saya, call ker, mesej ker…ok”. Fazren sempat bertanya kenapa tetapi Erina tidak jawab. Dia terus balik menaiki bas bersama mereka yang lain. Semua rakan mereka perasan yang Fazren dan Erina bergaduh lagi.



“Asal kau dengan Fazren?” tanya Syikin. Erina bercerita mengenai ‘Syg Yana’ yang dia jumpa dalam telefon bimbit Fazren. “Entah-entah dia tak tukar nama tu sejak break dulu kot…,” kata Syikin cuba menyakinkan Erina. “Tak. Aku rasa diorang memang ada apa-apa,” fikir Erina.

Nabil juga cuba tanya Fazren mengenai pergaduhan mereka. “Aku tak tahu…tetiba jer dia kata jangan cakap ngan dia lagi,” terang Fazren. “Cuba kau ingat betul-betul apa yang kau dah buat,” kata Nabil. Fazren baru teringat yang Erina berkata begitu selepas menggunakan telefon bimbitnya tempoh hari. “Dia tahu ker pasal aku ngan Yana dulu?”. “Aku pernah cerita kat Syikin, Hafiz ngan Marisa aritu sebab Hafiz ternampak kau ngan Yana makan kat KFC”. “Aduh…”.

“Kau ni…kau citer kat Ikin…samalah kau citer kat Erin tau tak,” marah Fazren. “Kalau aku tak citer sekarang…lambat laun dia tahu jugak…malam Sabtu aritu aku nampak kau ngan Yana kat Taman Rakyat. Tu aku yang nampak, kalau Erina nampak sendiri camner?”. Fazren terdiam.

Cinta bertahun-tahun mampu lenyap kerana kebencian seminit

0 comments: