CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 12, 2008

Episod 11 (Akhir)

Di sekolah, bukan sahaja Erina, malah Nabil, Hafiz, Syikin dan Marisa juga bermuram. Mereka asyik teringatkan Fazren di hospital. Nabil kemudiannya bercerita mengenai Fazren kepada guru kelas mereka, Puan Nurul. Puan Nurul kemudiannya menceritakan kembali kepada seluruh kelas. Semua terkejut dengan berita tersebut.

“Nanti balik sekolah kita pergi hospital sama-sama ok,” kata Syikin kepada Erina. Rakan-rakan mereka yang lain juga mahu ikut bersama. Mereka faham yang Erina bersedih sangat dengan apa yang ditimpa Fazren. Mereka mendampingi Erina agar Erina tidak terlalu memikirkan tentang Fazren.

Mereka menaiki bas dan berhenti betul-betul di hadapan hospital. Apabila mereka sampai, ibubapa Fazren turut ada bersama. Fazren masih dalam keadaan kritikal dan mereka hanya mampu melihat Fazren dari luar tingkap. Hanya keluarga terdekat dibenarkan masuk. Di dalam hati kecil Erina, dia mahu berada bersama Fazren.

Tiba-tiba, jururawat yang sedang memeriksa Fazren di dalam tergesa-gesa keluar memanggil doktor. Apabila doktor datang, ibubapa Fazren diminta keluar dari bilik itu. Langsir juga ditutup agar mereka tidak dapat melihat keadaan di dalam. Semakin lama keadaan semakin kelam kabut. Jururawat asyik keluar masuk dari bilik tersebut. Doktor lain juga dipanggil masuk.

Hati semua yang ada di situ berdebar-debar. Mereka takut jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Fazren. Bapa Fazren menceritakan kejadian yang berlaku di dalam. Katanya, secara tiba-tiba nadi Fazren menjadi lemah. Selepas setengah jam, doktor keluar dengan wajah yang agak hampa. Jodoh pertemuan, ajal maut telah ditentukan. Hari itu, ajal Fazren tiba. Dia meninggal dunia. Perasaan sebak yang menyebulungi diri tidak dapat disimpan lagi. Kesemua mereka menitiskan air mata.



Sewaktu majlis pengebumian Fazren, ramai kenalannya yang hadir termasuk cikgu sekolah. Perasaan hiba benar-benar terasa di rumah Fazren lebih-lebih lagi ketika mengkafankannya. Ramai yang mengiringi jenazah Fazren ke tanah perkuburan. Rakan-rakan baiknya tidak ketinggalan ikut serta.

Hampir sebulan masa berlalu, berita kematian Fazren diketahui seluruh sekolah. Selain geng-geng study group, pemergian Fazren dirasai pelajar-pelajar kelas 4S1. Suatu hari, ketika study group, Nabil bercerita mengenai Liyana. Erina begitu terkejut dengan apa yang disampaikan Nabil.

Liyana sebenarnya adalah dua pupu Fazren. Mereka mengetahuinya sewaktu beraya di rumah atuk saudara mereka ketika tingkatan dua. Disebabkan itu, mereka putus. Ketika bertemu di pusat membeli-belah bersama Erina, mereka memang sudah lama tidak berjumpa. Mereka bertemu secara kebetulan di KFC keesokannya. Waktu Hafiz ternampak mereka berdua-duaan mungkin ketika adik Fazren dan kakak Liyana sedang memesan makanan.

Di Taman Rakyat, Fazren dan Liyana sebenarnya menemani adik-adik saudara mereka ke taman permainan selepas kenduri di rumah saudara mereka tamat. Nama “SyG yAnA” yang Erina terjumpa dalam telefon bimbit Fazren adalah boyfriend Liyana yang juga merupakan kawan Fazren sewaktu sekolah rendah.

Fazren menceritakan itu semua kepada Nabil sehari sebelum dia dilanggar. Dia juga bercadang untuk menceritakannya sendiri kepada Erina. Erina berasa sungguh bersalah. Dia tidak sepatutnya bersangka buruk terhadap Fazren. Walaubagaimanapun, semuanya sudah berlaku. Kini, ombak yang diharungi Erina bersama Fazren telah hilang untuk selama-lamanya.

Hadiah terbaik untuk...
Teman : Setia kawan
Musuh : Maaf
Org Atasan : Jasa
Anak : Teladan yang baik
Orang Tua : Bakti dan terima kasih
Pasangan : Cinta dan kesetiaan

1 comments:

Anonymous said...

salam alaik...
cerita cinta...yg endingnye...sdey dan menyayat hati...(ye ker?)...
anyway...alfu mabruk kerana berjaya mengarang cerpen yg quite interesting....alhamdulillah....keep it up....ade potential mnjadi penulis...hohoho...
wassalam....