CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 4, 2008

Episod 7

Waktu kembali ke sekolah tiba. Semua pelajar ada banyak cerita yang hendak dikongsikan. Mereka semua gembira kerana bertemu kembali selepas seminggu bercuti tetapi lain pula Fazren dan Erina. Kedua-dua mereka agak muram gara-gara mesej yang ada dalam telefon bimbit Fazren. Setiap kali bersua muka, Erina akan mengelak dari Fazren.

“Awak ni takkan marah lagi kot…,”pujuk Fazren. “Mana ada marah, suka sangat…,” jawab Erina. “Kalau suka asal muka masam jer”. “Yerlah semalam baru makan asam, masam giler…”. “Tulah sapa suruh makan asam, kan muka dah masam, dah tak cantik dah”. “Kita memang tak cantik, sapa kata kita cantik…”. “Saya kata awak cantik, kalau awak tak cantik tak kan saya nak couple ngan awak”. “Awak ni ngada-ngada arr”.

Selepas bercakap, mereka berbaik semula. Rakan-rakan yang mengetahui mereka sudah berbaik tumpang gembira. Walaubagaimanapun, Erina masih tidak berpuas hati dengan Fazren. Katanya dia hanya akan berpuas hati jika Fazren memberitahu Anisa supaya jangan mengganggu mereka lagi.

Keesokannya, Fazren dengan patuh berjumpa Anisa sebelum loceng berbunyi. “Saya ada benda sikit nak cakap ngan awak ni Anisa”. “Ada apa?”. “Saya nak bagitau, awak tolong jangan kacau saya lagi, jangan call, mesej, nak berjumpa bual kosong pun tak boleh”. “Kenapa pulak ni?”. “Saya tak nak gaduh lagi dengan buah hati saya”. “Oh, yer ker… Ok”. “Terima kasih…”. Mereka berdua beredar dari situ.

Petang itu Anisa memberitahu rakannya, Karina mengenai Fazren selepas tamat kelas tusyen. Tasya juga mengambil kelas tusyen di tempat yang sama. “Geram betul aku ngan awek Fazren tu…,” marah Anisa. “Kalau aku jadi awek dia pun aku akan buat benda yang sama, mestilah aku tak nak kehilangan Fazren,” jawab Karina. “Sapa lah agaknya awek Fazren tu hah?” tanya Anisa. “Korang tak tau ker? Erin budak kelas dia tu lah…,” sampuk Tasya yang terdengar perbualan mereka berdua.

Mereka tidak begitu terkejut selepas terdengar jawapan Tasya kerana Fazren dan Erina sering bersama. “Aku dah agak dah…,” kata Karina. Tasya kemudiannya balik selepas abangnya sampai. “Aku nak buat something arr kat Erin tu…,” ujar Anisa. “Kau nak buat apa? Jangan cari masalah arr…”. “Adalahlah… tunggu kau Erina…”.

Pagi Rabu menjelma, Erina tertanya-tanya sama ada Fazren sudah memberitahu Anisa atau belum. Di sekolah, dia tidak bertanya apa-apa pada Fazren dan Fazren pun tidak memberitahu apa-apa. Petang itu tiada study group kerana Marisa, Nabil dan Hafiz tak dapat datang.

Marisa menceritakan mengapa dia dipanggil penolong kanan selepas ditanya beberapa kali oleh Syikin. “Sebenarnya sehari sebelum aku kena panggil, adik aku yang form two tu kena tangkap sebab hisap rokok kat belakang tandas,” cerita Marisa. “Dia sorang ker?” tanya Syikin. “Tak der lah dia ngan kawan-kawan dia,” jelas Marisa. “So asal kau kena panggil?” tanya Erina pula. “Bila Pn. Salmiah tanya no telefon ayah aku dia kata tak hafal. Telefon rumah kitorang tak ada. Pn. Salmiah suruh dia bawa ayah aku kat sekolah tapi dia tak bagitau, so Pn. Salmiah suruh aku yang bagitau”.

“So adik kau tu apa citer?” sampuk Hafiz. Dia yang sedang duduk belakang Syikin terdengar perbualan mereka. “Kau ni menyibuk jer…,”marah Syikin. “Sekolah bagi dia peluang belajar kat sini lagi sebab dia kata dia first time hisap rokok masa tu. Bapa aku pun buat rayuan supaya dia sekolah sini. Kawan-kawan dia yang lain kena buang sebab dah banyak kali hisap kat belakang tandas tu…,” jawab Marisa. “Kecil-kecil lagi dah pandai kan…,” keluh Hafiz.

Waktu balik, semasa Erina sedang berjalan dengan Syikin, Anisa menjerit memanggil Erina. Erina pada mulanya mahu jalan sahaja tetapi Anisa mengejar mereka. “Kau awek Fazren kan?” tanya Anisa. Erina terdiam. “Kau tak yah arr…aku tau…,” sambung Anisa. “Dah tau tanya lagi…,” sindir Syikin. “Kau diam arr…,” jawab Anisa. “Untuk pengetahuan kau yer Erina, aku ngan Fazren tak der apa-apa. Cuma kawan jer… Kau tak payah susah-susah suruh Fazren putuskan persahabatan kitorang. Aku pun sebenarnya dah ada balaklah, budak sekolah sebelah,” kata Anisa dengan nada yang agak kasar.

Di rumah, setelah berfikir panjang, Erina membuat keputusan untuk berjumpa Fazren. Dia membagi mesej kepada Fazren. “Alamak, ada mesej pulak” telefon Fazren berbunyi. Dia membaca mesej dari Erina, “Jumpa saya kat taman dekat umah saya pukul 5 petang ni”.

Jam menunjukkan pukul 4.15 petang. Fazren bersiap untuk berjumpa Erina. Dia meminjam motosikal kepunyaan jirannya. Jarak antara rumah Fazren dan Erina tidaklah jauh sangat, kira-kira 5 km. Dia pun tiba di tempat pertemuan. Dari jauh, dia sudah ternampak Erina sedang duduk di pondok. Dia memetik sekuntum bunga liar yang ditemuinya.

“Hai…,” tegur Fazren. “Awalnya awak sampai, baru 4.45,” kata Erina. “Rasanya awak lagi awal,” jawab Fazren lalu menghulurkan bunga yang dipetiknya. “Ada apa awak nak jumpa ngan saya ni?” tanya Fazren. “Terima kasih sebab dah bagitau Anisa, awak dah tunjukkan yang awak ikhlas dengan saya,” kata Erina. “Awak yang suruh mestilah saya buat”. “Kalau saya suruh awak terjun bangunan awak buat?”. “Mestilah tapi rasanya awak tak sanggup kehilangan saya”.



Tidak ada sesuatu yang tidak dapat diatur oleh cinta sejati

0 comments: