CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 6, 2008

Episod Sepuluh

Hari Rabu, hari mereka membuat presentation. Hasil kerja mereka mengagumkan. Walaupun bergaduh, Erina bersikap profesional ketika berkerja. Dia hanya bercakap dengan Fazren mengenai pelajaran sahaja. Syikin dan Marisa sudah berkali-kali memujuk Erina supaya mendengar penjelasan Fazren tetapi dia berdegil.

Petang itu mereka adakan study group seperti biasa. Jam sudah menunjukkan pukul dua tetapi Fazren masih belum muncul. “Mana si Fazren ni… Dia kata nak datang kan tadi,” kata Marisa. “Entah-entah dia dating lagi kat KFC kot…,” jawab Hafiz. Hafiz terlepas cakap. Syikin menjeling tajam ke arahnya. Erina yang terdengar kata-kata Hafiz itu bertanya apa maksud Hafiz. Dia memaksa Hafiz untuk bercerita. Rupa-rupanya Syikin hanya beritahu apa yang dicerita Nabil. Dia tidak beritahu mengenai KFC.

Hafiz pun bercerita apa yang dilihatnya. Nabil hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia sangat berharap supaya Fazren datang cepat. Selepas Hafiz habis bercerita, wajah Erina berubah. Marah, geram, terkilan pun ada. Dia tidak sangka Fazren akan buat begitu. Apabila Fazren datang, mereka memulakan study group. Erina lebih banyak membisu sepanjang petang itu.

Erina meminta diri untuk pulang ke rumahnya pada pukul empat setengah. Dia keluar dengan lajunya. Fazren mengejar Erina untuk menjelaskan apa yang berlaku. Erina tidak menghiraukan Fazren. Dia terus keluar dari sekolah. Beberapa kali Fazren menjerit memanggil Erina. Rakan-rakan mereka yang lain turut keluar dari perpustakaan. Fazren mengejar Erina hingga di depan pintu pagar sekolah. Dia berhenti disitu.

“Saya tak ada apa-apa dengan Liyana,” jelas Fazren. “Ada saya kata apa-apa?” balas Erina. “Saya tahu awak marah sebab nampak nama Sayang Yana dalam phone saya”. “Taklah mana ada marah, saya tahu awak sayang Yana…”. “Saya tak sayang dia!”. “Kalau tak sayang, asal dating ngan dia? Bukan main mesra lagi kat KFC”. “Awak sebenarnya salah faham”. “Yer lah tu…”.

Erina kemudiannya berlari melintas jalan ke tempat perhentian bas. Fazren turut berlari tanpa lihat kanan kiri. Malang tidak berbau, sebuah van yang memandu laju melanggar Fazren. Apabila Erina toleh ke belakang, Fazren sudah terbaring berlumuran darah. Rakan-rakan mereka yang terlihat dari balkoni perpustakaan berlari ke tempat kejadian.

Erina sudah menangis teresak-esak di samping Fazren. Pemandu van tadi membawa Fazren ke hospital. Erina dan Nabil juga ikut ke hospital. Nabil juga meminta bantuan rakan-rakannya lain untuk membawa begnya dan beg Fazren jika ke hospital. Di dalam van, Erina tidak henti-henti menyuruh Fazren untuk bertahan. Dia juga meminta maaf kerana dia lari dari Fazren tadi.

Di hospital, Fazren dirawat diunit rawatan rapi. Nabil menghubungi ibubapa Fazren dan menggesa mereka untuk datang. Dia juga tidak lupa menghubungi ibubapanya untuk memberitahu yang dia ada di hospital. Kerana terlalu sedih, Erina menyuruh Nabil untuk menghubungi ibubapanya.

Selepas sejam masa berlalu, Marisa, Syikin dan Hafiz datang bersama ibubapa mereka. Mereka tidak lupa membawa barang Fazren dan Nabil. Ibubapa Fazren juga bergegas ke hospital sebaik sahaja menerima panggilan dari Nabil. Mereka semua tidak henti-henti berdoa agar Fazren selamat.

Setelah puas menunggu, doktor yang merawat Fazren keluar. “Doktor, macam mana dengan anak saya?” tanya ibu Fazren. “Anak puan masih dalam keadaan kritikal, buat masa ni kami belum dapat berbuat apa-apa,” jawab doktor tersebut. “Dia akan selamat kan doktor?” tanya ayahnya pula. “Saya tidak dapat menjawab soalan itu dalam masa dua puluh empat jam ni, dia mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala”.

Mereka semua kelihatan sugul apabila mendengar jawapan doktor itu. Mereka sangat berharap agar Fazren selamat. Apabila ibubapa Nabil dan Erina datang menjemput mereka, rakan mereka yang lain telah pun pulang. Hanya tinggal keluarga Fazren yang setia menunggu. “Kalau ada apa-apa berita tentang Fazren, tolong telefon saya yer makcik,” kata Erina.

Di rumah, Erina tidak lalu makan, tidur pun tidak lena. Dia asyik memikirkan Fazren. Dia juga menunggu panggilan dari ibu Fazren. Dia berasa bersalah terhadap Fazren. Jika dia tidak lari, sudah tentu Fazren tidak akan mengejarnya dan Fazren tidak akan dilanggar van. Dia berasa seolah-olah tidak mahu ke sekolah kerana ingin menemani Fazren di hospital.

Janganlah kerana kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur

0 comments: