CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 3, 2008

Episod 5

Setelah hampir dua minggu masa berlalu. Setiap kali berjumpa, Fazren dan Erina pasti bergaduh. Mengungkit dan memperli menjadikan hubungan mereka lebih tegang. Walaubagaimanapun, mereka tetap bersama. Di depan rakan-rakan, mereka bermasam muka, jika telefon di rumah mereka bergelak ketawa. Sebenarnya, Erina cuba untuk jual mahal supaya Fazren lebih berusaha untuk mendapatkannya. Namun, Fazren yang tidak memahami perempuan asyik menyakitkan hati Erina.

“Buat apa tu?” tanya Fazren. “Tak nampak ke tengah buat apa?” jawab Erina. “Kau buat apa tu Syikin? Sibuk jer orang sebelah kau ni. Bukannya aku tak tanya dia,” sambung Fazren. “Korang ni kan…korang yang gaduh, aku kena ikut sekali,” marah Syikin. “Kau nak ikut pegi mana Syikin?” kata Fazren. “Ee…,” Syikin bangun dari tempatnya. “Asal suka buat orang marah hah?” tanya Erina. “Sapa yang marah?” balas Fazren.

Syikin yang bangun dari tempatnya, duduk disebelah Nabil. Dia menceritakan perkara yang berlaku kepada Nabil. Selepas Fazren datang, dia ke tempat duduknya semula. “Kau ni asal hah kau sebenarnya nakkan Erin ke tak nak?” tanya Nabil. “Apa kau merepek ni?” jawab Fazren. “Aku tahu kau faham apa maksud aku. Kau tahu tak, aku pelik ngan kau ni. Dulu, kau yang ajak dia couple, sekarang ni kau asyik sakitkan hati dia jer… ataupun entah-entah kau sajer jer buat trick sebab nak tengok kesetiaan dia kat kau”. “Kau ni buat lawak jer…”. “Yer, memang lawak…lawak lah sangat”.

Selepas guru matamatik mereka keluar, Farihin memanggil Nabil, “Nabil, sini kejap”. “Awek dia dah panggil…,” usik Fazren. “Diam arr kau!” marah Nabil. “Ada apa?”. “Ni…camner nak buat? Walaupun cikgu dah terangkan tiga kali, tak faham jugak”. “Kejap, nak amik buku”. Selepas ambil buku, Nabil terangkan apa yang tak difahami Farihin sehingga Farihin faham. Farihin suka bertanya dengan Nabil kerana cara Nabil terangkan senang untuk dia faham.

“Nabil mana?” tanya Hafiz. “Tengah dating…” jawab Fazren. Mendengar jawapan Fazren dia terus memandang ke arah tempat duduk Farihin. “Kau bagitau dia majalah dia ada kat Qayum,” kata Hafiz. “Ok…,” balas Fazren. Tidak lama kemudian guru Bahasa Inggeris mereka masuk. Semua duduk di tempat masing-masing dan memberi salam.

Hampir sejam masa berlalu loceng berbunyi dan semua pelajar keluar untuk rehat. Fazren tidak henti-henti mengusik Syikin dan Erina sepanjang perjalanan ke kantin. “Dah dah ler tu…nanti lepas rehat sambung lagi,” perli Marisa yang dah bosan tengok kelakuan Fazren.

Selepas rehat, sewaktu matapelajaran Sejarah, datang dua orang pelajar perempuan memanggil semua ahli pandu puteri. Erina, Marisa, Syikin dan termasuk Farihin keluar untuk berjumpa dua pelajar tersebut. Nabil dan Fazren yang duduk di tepi pintu mendengar segala-galanya. “Kamu semua perlu bayar tiga ringgit untuk name tag yang dah siap,” kata salah seorang pelajar. Semua membayar tiga ringgit kepada pelajar yang seorang lagi.

Farihin bertanya, “Kalau bayar esok boleh tak?”. “Kan semalam dah beritahu suruh bawa duit, cikgu nak hari ni…,” jawab pelajar tersebut. Nabil yang terdengar perbualan tersebut memanggil Farihin. Dia menghulurkan duit kepada Farihin, “Nah, amik dulu nanti esok lusa bayarlah”. “Tak per lah…,” Farihin menolak. “Amik jer lah… Nanti bila-bila bayar balik,” pujuk Nabil. Farihin pun mengambil duit Nabil dan mengucapkan ‘Terima kasih’.

Setelah guru Sejarah mereka keluar, Fazren bertanya kepada Nabil, “Asal kau baik sangat ngan Farihin?”. “Kalau kau ada kat tempat dia pun aku akan buat benda yang sama…,” jawab Nabil. “Ker… kau ada apa-apa ngan dia? Korang sebenarnya dah couple kan…?”. “Mana ader…”. “Mungkin korang tak nak guna istilah couple tapi ‘special friend’”. “Tak der…aku tak nak lah nak ajak couple ker…nak jadi special friend ker…bagi aku dia sama jer macam kau…macam geng-geng study group lain”.

Sebelum sempat Fazren membuka mulut, penolong kanan sekolah mereka, Pn Salmiah, memanggil Marisa. Marisa ikut Pn. Salmiah pergi ke pejabat. “Asal tu?” tanya Hafiz. “Manalah aku tahu…,” jawab Syikin. “Aku rasa kan lebih baik kau ajak dia couple cepat sebelum orang lain rampas,” kata Fazren. “Kalau dah jodoh tak ke mana…,” balas Nabil. Selepas Marisa balik ke kelas, ramai yang bertanya tapi Marisa tidak mahu jawab.


Cinta yang dicari adalah baik, tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.

0 comments: